Assalamualaikum......



Assalamualaikum dan Selamat Datang Ke Blog Saya....

Wednesday 29 August 2012

Contoh - Contoh Karangan UPSR 

Surat Kiriman Tidak Rasmi
 contoh 1 :

Pasukan Bola Jaring,
Sek. Keb. Seri Kenangan Darau,
22000 Jerteh,
Terengganu.
_________________________________________

Encik Musa Bin Hassan,
Setiausaha Sukan,
Sek. Keb. Seri Kenangan Darau,
22000 Jerteh,
Terengganu. 
24 APRIL 1998.

Tuan,

Memohon Sebiji Bola Baru Bagi Menggantikan Bola Lama 

Saya sebagai Ketua Pasukan, Pasukan Bola Jaring Sek. Keb. Seri Kenangan Darau ingin memohon sebiji bola yang baru bagi menggantikan yang lama.

2. Bola yang sedia ada itu telah rosak dan tidak dapat digunakan lagi. Kami memohon bola baru itu melicinkan lagi latihan yang sedang kami jalankan sebagai persediaan untuk menghadapi perlawanan yang akan datang.

3. Kami berharap permohonan kami ini akan segera diluluskan. Dengan ini latihan yang kami adakan setiap hari itu tidak tergendala.

4. Untuk pengetahuan tuan, kami hanya mempunyai masa dua minggu lagi untuk berlatih sebelum turun ke padang untuk menghadapi perlawanan.

Sekian, terima kasih

Yang benar,

Widyawati

…………………

( WIDYAWATI BINTI HUSAIN )

Ketua Pasukan,
Pasukan Bola Jaring,
Sek. Keb. Seri Kenangan Darau.

contoh 2 :

Lot 369 Taman Mesra, 
Jln Air Hitam 43800, 
Dengkil Selangor, 

Kelas 6M 
Sekolah Jenis Kebangsaan(Cina)Dengkil 
43800, Dengkil,Sepang, 
Selangor Darul, Sepang, 

Puan, 
Memohon Cuti 

Menujuk perkara di atas,saya Wong Chui Man ingin memohon cuti selama dua hari esok, 11 Jun 2012 

2.Sehubungan itu,saya memohon maaf kerana tidak dapat hadir sekolah selama dua hari. 

3.Saya terpaksa memohon cuti kerana nenek saya telah sakit.Nenek saya yang berusia 80 tahun telah dimasukkan ke hospital di Shah Alam. 

4.Saya berjanji akan kembali sekolah pada 13 Jun 2012 nanti.Saya juga akan bertanyakan kawan saya tenteng kerja rumah yang diberikan dan menyiapkan. 

5.Saya berharap cikgu dapat mempertinbangkan permohonan saya dan memahami masalah saya. 

Sekian terima kasih. 

Yang benar, 
Wong Chui Man 



No comments:

Post a Comment