Assalamualaikum......



Assalamualaikum dan Selamat Datang Ke Blog Saya....

Wednesday 29 August 2012

Karangan Melengkapkan Cerita...

contoh 1 :

Aku dan rakan-rakan menyertai lathan sukan di sekolah. Semasa latihan tersebut berlangsung aku terdengar jeritan. Aku pun… 

Mulakan cerita dengan: 
Aku pun…


_____________________________________________


Aku pun segera berlari ke belakang astaka kerana jeritan tersebut datangnya dari situ. Setibanya di belakang astaka, aku terkejut benar apabila mendapati Alia meraung kesakitan sambil memegang kakinya. Wajahnya pula berpeluh dan pucat.

Aku segera menghampirinya dan bertanya untuk mengetahui puncanya. Dia segera menunjukkan kakinya yang kelihatan bengkak dan lebam. “Kaki ku terperosok ke dalam lubang ini semasa aku berlari di sini tadi”, rintihnya sambil menunjukkan sebuah lubang kecil di situ.

Aku memintanya bertenang sementara aku pergi meminta bantuan. Kemudian aku terus berlari meminta pertolongan daripada Cikgu Hamidi yang kebetulan sedang berjalan menuju ke astaka tersebut.

Dengan segera, Cikgu Hamidi mendapatkan Alia untuk memberikan pertolongan. “Kaki Alia cuma terseliuh sahaja”, kata cikgu Hamidi setelah memeriksa kaki Alia. Aku bersyukur kerana kecederaan Alia tidaklah begitu teruk.

Kemudian, Cikgu Hamidi meminta aku memanggil beberapa orang pelajar lain untuk mengangkat Alia ke kantin sekolah sementara beliau ke bilik guru untuk mengambil minyak urut.

Di kantin, aku menggosok kaki Alia yang cedera dengan minyak gamat yang diberi oleh Cikgu Hamidi. Sambil tersenyum, Alia segera mengucapkan terima kasih kepada kami sejurus aku selesai menyapukan minyak urut di kakinya.

Sebelum bersurai daripada latihan sukan petang itu, Cikgu Hamidi mengingatkan para pelajar supaya tidak bermain di belakang astaka kerana permukaan tanah di situ masih belum diratakan kerana kerja-kerja pengubahsuaian astaka masih dalam pembinaan . 

contoh 2 :

Tiba-tiba aku terdengar orang mengetuk tingkap bilikku. Aku ....
***   ***   ***   ***   ***

Tiba-tiba aku terdengar orang mengetuk tingkap bilikku. Aku segera membuka tingkap tersebut. 
Rupa-rupanya jiranku, Mak Cik Jamilah. Mak Cik Jamilah memberitahuku bahawa anaknya diserang demam panas. Suaminya tiada di rumah kerana sedang berkursus.

Aku segera ke ruang tamu. Aku memberitahu ayah dan ibuku bahawa anak mak cik Jamilah diserang demam panas. Ayah dan ibuku segera ke rumah jiranku itu untuk menbantu mereka.

Ibu dan Mak Cik Jamilah memapah Serina masuk ke dalam kereta ayahku untuk dibawa ke klinik yang berhampiran. Ibu menyuruh aku menjaga rumah dan mengunci pintu. Aku patuh nasihat ibuku.

Aku berasa bimbang akan Serina yang diserang demam panas. Aku hanya mampu berdoa kepada Allah supaya Serina selamat.

Tidak lama kemudian, aku terdengar enjin kereta ayahku. Aku segera membuka pintu. Ibu memberitahu aku bahawa Serina ditahan di wad.

Keesokan harinya, Aku dan keluargaku menziarahi Serina di hospital. Aku bersyukur kerana Serina kini sudah hampir sembuh. Mak cik Jamilah mengucapkan terima kasih kepada aku dan keluargaku.



No comments:

Post a Comment