Assalamualaikum......



Assalamualaikum dan Selamat Datang Ke Blog Saya....

Tuesday 28 August 2012

REFLEKSI

Refleksi Blog...


Assalamualaikum diucapkan buat pensyarah yang dihormati. Sebelum catatan refleksi ini diteruskan saya ingin memohon kemaafan andainya apa dituliskan di sini tidak seperti apa yang diharapkan oleh setiap insan yang bernama pengajar ataupun guru. Tetapi semua yang akan dicatatkan adalah daripada apa yang dirasai dan dilalui.
Memandangkan semester ketiga akan bermula saya telah membuat keputusan untuk membuat persediaan awal menghadapinya. Sebelum interaksi pertama semester ketiga bermula saya cuba mendapatkan modul –modul yang terlibat. Akhirnya saya berjaya mendapatkan satu modul daripada salah seorang kawan sekelas saya. Betapa terujanya saya untuk mengetahui apa kandungan dalam modul itu. Sejurus membuka sahaja kandungan modul itu saya agak panic melihat tajuk  modul dan tajuk-tajuk  kursus yang tertera di situ. Apa tidaknya saya bukanlah orang yang pandai dalam bab penggunaan internet.
Jesteru, memikirkan bahawa ini adalah modul yang wajib saya tempuhi dan pelajari maka saya berazam untuk belajar menguasainya. Tajuk ini merupakan satu cabaran bagi saya yang sudah bergelar guru. Saya sedar dunia pembelajaran kini adalah dunia ledakan maklumat yang hanya perlu kita menggunakan hujung jari sahaja untuk mendapatkannya. Tambahan lagi kita sudah menempuh pembelajaran di abad yang ke -21.
Setelah mendapat tugasan daripada pensyarah saya mula mencari guru untuk mengajar saya cara membuatnya. Akhirnya, dapatlah saya menyediakan tugasan blog yang diminta. Tugasan ini telah memberi banyak pengetahuan dan pengalaman kepada saya tentang dunia blog. Sebelum ini, saya hanya pernah melihat dan mendengar sahaja orang menyebut tentangnya.
Mula-mula hendak menghias blog saya sudah mengggelabah apa yang hendak dihiaskan dan bagaimana saya hendak membuatnya. Kata orang kita boleh dapatkan apa sahaja melalui internet. Saya pun cuba cari gambar, lagu dan lain-lain untuk blog. Akhirnya saya berjaya membuatnya betapa seronoknya hati saya pada masa itu. Sebelum mencubanya saya rasa amat sukar tetapi setelah berhasil saya merasa ia tidaklah sesukar mana.
Tugasan membuat blog ini juga telah menjadikan saya lebih berani untuk menggunakan internet. Saya terpaksa mencari bahan-bahan untuk dimuatkan di blog saya. Sebelum ini, saya merasa takut untuk mencarinya dan selalunya saya gagal mencari bahan yang saya kehendaki. Tetapi memandangkan ,ini adalah tugasan yang perlu saya siapkan saya mencubanya walaupun terpaksa meminta bantuan orang lain.
Akhirnya,tugasan blog yang saya anggap amat membebankan dapat saya lakukan mengikut kemampuan diri. Saya amat berterima kasih kepada pensyarah dan guru saya serta kawan-kawan yang membantu menunjuk ajar kepada saya untuk menyelesaikan tugasan ini. 

No comments:

Post a Comment