CARA-CARA MENGARANG / STRATEGI MENULIS KARANGAN YANG BERMUTU
1. Sebelum
menulis, ada beberapa perkara yang harus diambilkira bila ingin mengarangkan
karangan.
A.
Membaca dan memahamkan soalan amat penting sekali.
-
Baca dan fahami setiap tajuk / soalan yang diberi.
- Fahami bentuk soalan sama ada jenis berformat atau tidak berformat.
- Kamu mesti memilih soalan / tajuk yang benar-benar boleh dikuasai
- Memahami benar-benar kata kunci atau kehendak soalan
Contoh
soalan karangan yang sama tetapi berbeza format adalah seperti berikut.
Soalan 1:
Sekolah anda telah mengadakan Hari Sukan. Tuliskan sebuah karangan mengenainya.
Soalan 2:
Sekolah anda telah mengadakan Hari
Sukan. Tuliskan laporan mengenainya untuk dimuatkan dalam majalah sekolah.
Komen : Tajuk karangan di atas adalah sama, tetapi dari segi formatnya
berbeza. Soalan
satu merupakan karangan biasa , manakala soalan 2 berformat.
Tip :Adalah lebih baik jika anda semua menggariskan perkataan-perkataan yang
menjadi kata kunci dalam soalan itu. Ini mengelakkan karangan daripada
terpesong atau terkeluar daripada tajuk sebenar.
B. Menyusun rangka karangan
- Pilih mana-mana kaedah yang mudah bagi anda mencari isi
- Senaraikan semua isi penting secara ringkas yang mungkin.
- susun isi mengikut urutan kepentingannya.
- Masukkan huraian serta contoh yang sesuai bagi setiap isi yang akan
dihurai.
- Isi penting jangan diulang-ulang
C. Menulis karangan
- Semasa
menulis karangan anda mulakan dengan menulis pendahuluan terlebih dalu satu
perenggan.
- Setiap isi
yang dihurai perlu ditulis dalam satu perenggan berserta dengan contohnya.
(
Bahagian-bahagian karangan yang ideal )
Perenggan
Pendahuluan
Perenggan isi
pertama
Perenggan isi
kedua
Perenggan isi
ketiga
Perenggan isi
keempat
Perenggan
Penutup
- Tulislah mengikut urutan rangka yang telah dibuat selain menjaga
kekemasan tulisan.
- Pemerenggan yang baik biasanya dimulakan dengan penanda wacana yang
berkesan. Gunakan perkataan seperti, Walaupun demikian, Selain daripada
faktor..., Namun demikian, Seperkara lagi... dan sebagainya. Penanda wacana
membolehkan pembaca karangan anda mengetahui bahawa anda akan beralih kepada
isi yang lain.
D. Menyemak karangan
- Setelah
habis menulis karangan kamu perlu menyemak bagi memastikan jika ada tulisan
anda yang kurang jelas, kesalahan ejaan, tanda baca, penggunaan imbuhan,
struktur ayat yang salah dan aspek tatabahasa yang lain.
- baca
berulang kali bagi memastikan ketepatan karangan kamu.
E. Secara umum peruntukan masa untuk sebuah karangan
a. 5-10 minit mencari
isi
b. 40 minit
menulis karangan
c. 5 minit
menyemak semula karangan
Jumlah = 50-
60 minit jika karangan bahagian berformat seperti surat, jangan
menghabiskan lebih daripada 45 minit untuk menjawabnya.
Kamu
seharusnya menepati masa yang ditetapkan agar tidak berasa gopoh bila
mengarang.
Adalah
diingatkan jangan terlalu leka menjawab satu soalan. Jika masa telah melebihi
1 jam beralih kepada soalan yang kedua pula. Ini kerana adalah lebih baik
menjawab dua soalan daripada menjawab satu soalan yang baik.
Tip : Kamu digalakkan menulis ayat yang pendek , ringkas dan padat berbanding
yang panjang. Ini kerana ayat yang panjang biasanya terdedah kepada kesalahan
tatabahasa.
Biasakan diri kamu mengolah ayat daripada isi yang telah disenaraikan.
Satu perenggan biasanya mengandungi 3, 4 atau 5 ayat sahaja bagi huraian
satu isi.
Tahukah kamu ?
Bagaimana hendak menulis dialog dengan baik ?
Di bawah ini adalah contoh yang baik untuk menulis dialog dalam karangan
anda.
Mulakan setiap dialog di baris baru. Ini mengelakkan kekeliruan
pemeriksa. Lihat contoh di bawah :
Contoh A ( dicadangkan )
Kamu baru pulang ?
Baru sebentar tadi. Jawab saya. Tentu Kamu tertunggu kepulangan saya.
Memang saya tertunggu-tunggu, luah Jamal , lembut.
Contoh B ( mengelirukan )
Kamu baru pulang ? Baru
sebentar tadi. Jawab saya. Tentu Kamu tertunggu kepulangan saya. Memang saya
tertunggu-tunggu, luah Jamal , lembut.
Karangan yang baik juga
menggunakan segala aspek bahasa, termasuk peribahasa dan jenis ayat yang
berbeza beza.
F. PETUA BILA MENULIS KARANGAN
· Perlu
memahami betul-betul kehendak soalan.
· Catatkan
apa sahaja isi-isi yang terlintas di fikiran, kemudian susun mengikut
mana yang lebih penting.
· Tuliskan
karangan berdasarkan rangka yang kamu sediakan.
· Karangan
mestilah mempunyai pendahuluan, isi-isi dan penutup.
· Bagi
karangan meminta fakta , sekurang-kurangnya mempunyai empat isi (
seelok-eloknya cari lima isi ) dan setiap perenggan mengandungi satu isi.
· Gunakan ayat yang pendek dan
bahasa yang mudah.
Akhir sekali,
untuk menjadikan karangan anda bermutu, anda terutama sekali mestilah
mempunyai banyak idea dan mempunyai kemahiran bahasa yang baik, ini semua
dapat dicapai apabila anda banyak membaca. Dari itu, jangan lengah, ambil
karangan yang menarik dan mulalah membaca.
|
Assalamualaikum......
Wednesday 29 August 2012
TEKNIK MENULIS KARANGAN
Teknik Menulis Karangan Yang Baik.....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment